Mengenai KMJ 2015

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2015 pada tahun ini bertemakan “MUAFAKAT BANGSA JOHOR” .
Pengembaraan KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2015 akan menjelajah di setiap pelusuk bandar dan kampung di seluruh negeri Johor dengan perjalanan sejauh melebihi 850 km; selama 4 hari / 3 malam untuk bertemu rakyat jelata

Bermula pada 10 hingga 13 Ogos 2015, D.Y.M.M Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Sultan yang DiPertuan Bagi Negeri Johor Darul Ta’zim dan ahli rombongan Kembara Mahkota Johor 2005, akan menemui anda di setiap laluan pengembaraan KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2015.

Tema Kembara Mahkota Johor 2015 ialah “Muafakat Bangsa Johor “. KMJ 2015 kini sudah masuk tahun-ke 15 penganjuranya, dengan 18 edisi.
KMJ 2015 akan menyaksikan Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, melawat 10 daerah di Johor, menaiki Harley Davidson dengan Jalur Harimau Selatan, dan jua bas Prevost Marathon.
Tuanku akan memandu bas dalam kawasan bandar, manakala motosikal Glide Street berkuasa 1690cc di jalan-jalan kampung.

Konvoi akan diketuai sendiri olehDYMM Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail bakal menunggang bersebelahan Tuanku, manakala Tunku Panglima Johor, DYAM Tunku Abdul Rahman akan berada disebelah Tuanku sepanjang penganjuran KMJ 2015. Permaisuri Johor, DYMM Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris; Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jali; Tunku Tun Aminah dan juga Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar akan turut dalam aktiviti yang dirancang bersama rakyat.

Dua-puluh penunggang mewakili kaum Cina dan India yang melengkapi Bangsa Johor juga akan menjadi sebahagian konvoi KMJ 2015. Orang ramai juga akan dapat menyaksikan ahli Majlis Jumaah Diraja Johor, dalam konvoi tersebut.