KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2002

25hb – 28hb MAC 2002
Kembara bermotosikal (Menggunakan Motosikal buatan Malaysia “Jaguh”)
900 kilometer

JUMLAH PESERTA : 30 peserta bermotosikal
TEMA : Mesra Rakyat

Laluan Kembara Mahkota Johor 2002

Laluan Kembara Mahkota Johor 2002

Hari Pertama

  • BANGUNAN SULTAN IBRAHIM, BUKIT TIMBALAN
    Majlis pelancaran.
  • FELDA AIR TAWAR 5, KOTA TINGGI
    Aktiviti kebudayaan Anak-anak Yatim dan pertandingan memasak.
  • TG. SEDILI, KOTA TINGGI
    Lawatan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin.
  • BANDAR MERSING
    Penyampaian Hadiah Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Daerah Mersing.
  • KG. TENGLU LAUT
    Lawatan Pusat Ternakan Udang Harimau Pertubuhan Peladang.
  • KG. TRIANG BESAR, ENDAU
    Bersukan bersama Rakyat.
  • PUSAT BINA SEMANGAT, MERSING
    Santapan bersama rakyat dan bermalam.

Hari Kedua

  • KG. PENGKALAN BATU
    Gotong royong membina rumah orang kampung.
  • KG. LUKUT, KAHANG
    Lawatan ke rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin.
  • KEM PGA, SIMPANG RENGGAM
    Demonstrasi Mencegah Rusuhan (Polis Ordinance Reserve Unit) Pameran & Persembahan Polis Diraja Malaysia.
  • SEK. KEB. SRI MACHAP, KLUANG
    Pertandingan melukis kanak-kanak dan pameran.
  • RUMAH KEB. ANAK YATIM ISLAM, KLUANG
    Bermesra dan minum petang bersama anak-anak yatim.
  • KEM MAHKOTA, KLUANG (KEM TENTERA)
    Majlis makan malam bersama Anggota Tentera Malaysia dan ahli keluarga serta penduduk setempat.

Hari Ketiga

  • PEKAN CHAAH, SEGAMAT
    Penyampaian hadiah pertandingan.
  • PEKAN LABIS, SEGAMAT
    Berbasikal dan Perasmian sekolah.
  • TAMAN DESA INDIA BATU ANAM, SEGAMAT
    Perasmian Makmal Sekolah.
  • BALAI POLIS BUKIT KEPONG, MUAR
    Majlis ramah mesra.
  • KOMPLEKS SUKAN PAGOH, MUAR
    Perasmian Pelancaran Gerakan Desa Wawasan.
  • MAKAM SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH 1, PAGOH, MUAR
    Sukan rakyat bersama anggota dan ahli keluarga Jabatan Penjara.
  • KG. RAJA PAGOH (malam)
    Majlis berzanji dan cukur jambul.
    Santapan bersama rakyat secara tradisional.

Hari Keempat

  • SRI MEDAN, BATU PAHAT
    Penyampaian bantuan kepada peserta Projek Perumahan Rakyat Termiskin dan kanak-kanak Pendidikan Khas.
  • TAMAN BANANG, BATU PAHAT
    Perasmian Balai Raya Taman Banang (Masyarkat Cina).
  • KG. ORANG ASLI PONTIAN BESAR
    Penyampaian kunci Rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin.
  • DATARAN PONTIAN
    Penyampaian sumbangan.
  • KG. MELAYU MAJIDEE, JOHOR BAHRU
    Perasmian Mercu Tanda Kg. Melayu Majidee.
  • BANGUNAN SULTAN IBRAHIM, BUKIT TIMBALAN
    Majlis Penutup.