Aturcara Hari Keempat KMJ 2013

Sabtu, 24.8.2013 | Ahad, 5.8.2013 | Isnin, 26.8.2013 | Selasa, 27.8.2013

27 Ogos 2013 – Selasa

0800 : SEBANA COVE

– DYMM Sultan Johor berangkat ke Kampung Johor Lama, Kota Tinggi

0900 – 1015 : KAMPUNG JOHOR LAMA, KOTA TINGGI

– Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ di Kampung Johor Lama, Kota Tinggi

  • Program DYMM Sultan Johor

– DYMM Sultan Johor bercemar duli
– Membuat pelepasan pertandingan memancing (kategori pantai)

– Menyampaikan hadiah kepada Pemenang Pertandingan Memancing (kategori laut dalam)
– Menyaksikan demonstrasi masakan belangkas, ikan asam pedas, siput gonggong, karipap gergasi dan air sakar (welcome drink)
– DYMM Sultan Johor berangkat ke khemah santapan
  • Program DYAM Tunku Mahkota Johor

– DYAM Tunku Mahkota Johor dipersilakan ke taklimat mengenai sejarah Kota Tinggi disampaikan oleh pihak Muzium Kota Tinggi dan Yayasan Warisan Johor

– DYAM Tunku Mahkota Johor berangkat ke khemah santapan
  • Program YAM Paduka-Paduka Anakanda

– YAM Paduka-paduka Anakanda berangkat ke :

      – Pertandingan memanah
      – Pertandingan cap teh
      – Pertandingan Klereng
      – Pertandingan Boling Padang
– YAM Paduka-Paduka Anakanda berangkat ke khemah santapan
– Majlis santapan
– Sembah ucapan oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi
– Cabutan bertuah 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor
– Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor daripada Pegawai Daerah Kota Tinggi
– Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pegawai Daerah Kota Tinggi
– Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Kota Tinggi
– DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke Dewan Serbaguna Kampung Rahmat, Kulaijaya
1045 – 1100 : DATARAN KOTA TINGGI, KOTA TINGGI (REHAT)

* DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berehat seketika di bandar Kota Tinggi

1200 – 1315 : DEWAN SERBAGUNA KAMPUNG RAHMAT, KULAIJAYA

– Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ di Dewan Serbaguna Kampung Rahmat, Kulaijaya
– Bacaan doa keberangkatan oleh kadi daerah Kulaijaya

  • Program DYMM Sultan Johor

– DYMM Sultan Johor melihat pertandingan sukan rakyat

*DYAM Tunku Mahkota Johor serta paduka-paduka anakanda yang lain akan menyertai sukan rakyat sekiranya berminat

– DYMM Sultan Johor dan rombongan melawat ke pameran dan jualan oleh jabatan-jabatan dan masyarakat setempat
– DYMM Sultan Johor dan rombongan melihat pertandingan dan pertunjukan gasing

  • Program YAM Paduka Anakanda

– YAM Paduka Anakanda melawat ke pertandingan mewarna dan menyampaikan sumbangan bantuan kepada ibu tunggal
– YAM Paduka Anakanda  melawat ke khemah pertandingan memasak, gubahan, demonstrasi IKS dan pameran produk IKS
– YAM Paduka Anakanda menyampaikan  bantuan MAIJ dan JKM kepada penduduk miskin dan anak-anak yatim
– Majlis santapan
– Sembah ucapan daripada Pegawai Daerah Kulaijaya
– Cabutan bertuah 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor
– Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Pegawai daerah Kulaijaya
– Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pegawai Daerah Kulaijaya
– Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Kulaijaya
– DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke Dewan Raya MPJBT, Gelang Patah, Johor

1515 – 1515 : DEWAN RAYA MPJBT, GELANG PATAH

– Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ di Dewan MPJBT Gelang Patah
– Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Johor Bahru

  • Program DYMM Sultan Johor

– DYMM Sultan Johor dipersilakan ke dewan MPJBT Gelang Patah untuk melawat ke ruang pameran di luar dan di dalam dewan

  • Program DYAM Tunku Mahkota Johor

– DYAM Tunku Mahkota Johor dipersilakan ke Klinik Kesihatan Gelang Patah untuk program bersama –sama Jabatan Kesihatan Negeri Johor
– DYMM Sultan Johor dipersilakan ke tempat bersemayam di dalam dewan
– DYMM Sultan Johor dan DYMM Raja Zarith Sofiah berangkat ke Majlis Perasmian Penutup KMJ 2013 di Padang Awam Gelang Patah

1515 – 1615 : MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2013

– Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor dan DYMM Raja Zarith Sofiah di Padang Awam Gelang Patah
– Persembahan pancaragam oleh Polis Diraja Malaysia
– Lagu Bangsa Johor
– Bacaan doa majlis
– Sembah ucapan oleh YAB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin Menteri Besar Johor
– Cabutan bertuah 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor
– Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Pegawai Daerah Johor Bahru
– Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pegawai daerah Johor Bahru
– Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada ketua-ketua jabatan
– Majlis santapan
– Bacaan doa penutup Kembara Mahkota Johor 2013
– Sesi bergambar bersama rombongan KMJ
– Keberangkatan balik DYMM Sultan Johor

1645 : ISTANA PASIR PELANGI

Sabtu, 24.8.2013 | Ahad, 5.8.2013 | Isnin, 26.8.2013 | Selasa, 27.8.2013