Aturcara Hari Pertama KMJ 2013

Sabtu, 24.8.2013Ahad, 5.8.2013  |  Isnin, 26.8.2013  Selasa, 27.8.2013

24 Ogos 2013 – Sabtu

MENARA AQABAH, MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG, JOHOR BAHRU (MAJLIS PERASMIAN DAN PELEPASAN KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2013)

0645 – 0730 : Pendaftaran peserta Kembara Mahkota Johor 2013

0745 : Keberangkatan tiba DYAM Tunku Mahkota Johor

0800 :
– Keberangkatan tiba DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim dan DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah


– Lagu Bangsa Johor
– Bacaan doa oleh YB SS Dato’ Mufti Negeri Johor
– Sembah ucapan oleh YAB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor
– Titah DYMM Sultan Johor
– Gimik Pelancaran
– Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang
– Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada YAB Menteri Besar Johor dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang
– Majlis santapan
– Bacaan doa pelepasan
– Pelepasan Program Kembara Mahkota Johor 2013 oleh YB Speaker Dewan Negeri Johor

0900 : DYMM Sultan Johor beserta rombongan Kembara Mahkota Johor berangkat ke Kampung Sungai Tempayan Pekan Nenas, Pontian

1000 – 1100 : KAMPUNG SUNGAI TEMPAYAN PEKAN NENAS, PONTIAN

– Keberangkatan tiba DYMM  Sultan Johor  beserta rombongan KMJ
– Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi  Daerah Pontian
– Persembahan kebudayaan
* Tarian zapin
* Kompang
– DYAM Tunku Mahkota Johor menyampaikan bantuan MAIJ dan JKM kepada penerima bantuan
– DYMM Sultan Johor dan rombongan KMJ beramah mesra bersama rakyat setempat di Program Raya Sekampung
– DYMM Sultan Johor menyaksikan dan mengacau dodol
– DYMM Sultan Johor turut serta dalam menghasilkan krisek kelapa
– DYMM  Sultan Johor melawat tapak perkhemahan pelajar sekolah daerah Pontian dengan menyaksikan perbarisan dan hasil kerja peserta perkhemahan
– DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke Dataran Datuk Jaluk, Benut, Pontian

1145 – 1245 : DATARAN DATUK JALOK, BENUT, PONTIAN

– Keberangkatan tiba DYMM  Sultan Johor  beserta rombongan KMJ di Dataran Datuk Jalok, Benut, Pontian
– Majlis penyerahan bantuan kepada warga miskin dan warga kurang upaya
– DYMM Sultan Johor menyaksikan pameran dan demonstrasi membuat burasak dan lain-lain makanan tradisional tempatan
– DYMM Sultan Johor melawat pameran masyarakat  tempatan / produk IKS / demo anyaman
– DYMM Sultan Johor menyaksikan demo permainan tradisional masyarakat Bugis dan Jawa
– DYAM Tunku Mahkota Johor menyampaikan bantuan MAIJ dan sumbangan raya kepada penerima bantuan
– Majlis santapan
– Sembah ucapan oleh Pegawai Daerah Pontian
– Cabutan bertuah untuk 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor
– Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor daripada Pegawai Daerah Pontian
– Persembahan cenderahati daripada DYMM Sultan Johor kepada Pegawai Daerah Pontian
– Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Pontian
– DYMM Sultan Johor rombongan KMJ berangkat  ke Desa Sri Banang, Minyak Beku, Batu Pahat

1315 – 1330 : SENGGARANG, BATU PAHAT (REHAT)

* DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berhenti seketika untuk majlis ramah mesra bersama-sama masyarakat setempat

1400 – 1500 : DESA SRI BANANG, MINYAK BEKU, BATU PAHAT

– Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor dan rombongan KMJ di Desa Sri Banang, Mukim Minyak Beku, Batu Pahat
– Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Batu Pahat
– DYAM Tunku Mahkota Johor menyampaikan bantuan MAIJ dan JKM kepada penerima bantuan
– DYMM Sultan Johor bercemar duli untuk bersama-sama masyarakat Desa Sri Banang bagi majlis potong jambul
– Majlis santapan
– DYMM Sultan Johor dan rombongan KMJ berangkat ke Sungai Simpang Kiri Pekan Parit Sulong, Batu Pahat

1530 – 1630 : SUNGAI SIMPANG KIRI PEKAN PARIT SULONG, BATU PAHAT

– Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor dan rombongan KMJ di Jambatan Parit Sulong
– DYMM Sultan Johor bercemar duli untuk melihat masakan tradisional (masakan Melayu, Cina, India dan Orang Asli)
– DYMM Sultan Johor bercemar duli untuk menanam pokok
– DYMM Sultan Johor dipersilakan  untuk melihat kawasan sejarah dan replika jambatan Parit Sulong
– DYMM Sultan Johor bercemar duli untuk bersama-sama masyarakat Parit Sulong bagi acara sukan air di Sungai Simpang Kiri Pekan Parit Sulong
– DYAM Tunku Mahkota Johor menyampaikan bantuan MAIJ kepada penerima bantuan
– Majlis santapan
– Sembah ucapan oleh Pegawai Daerah Batu Pahat
– Cabutan bertuah 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor
– Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor daripada Pegawai Daerah Batu Pahat
– Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pegawai Daerah Batu Pahat
– Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Batu Pahat
– DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke Panchor, Muar

1710 – 1810 : PANCHOR, MUAR

– Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ di Panchor, Muar
– Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Muar
– DYMM Sultan Johor dipersilakan berangkat ke Gerai Wak Juki bagi santapan air cendol dan sup kambing.
– DYMM Sultan Johor menyaksikan pertandingan minum cendol oleh 10 orang peserta pilihan dan majlis penyampaian hadiah
– DYMM Sultan Johor dipersilakan menyaksikan pertandingan mewarna warga emas pelbagai kaum dan seterusnya memilih pemenang/penyampaian hadiah
– DYMM Sultan Johor dipersilakan berangkat bagi menyaksikan dan melepaskan pertandingan menarik bas.
– DYMM Sultan Johor dipersilakan untuk menyaksikan pertandingan minum air botol “LAMNATE” dengan penyertaan pelbagai kaum
– DYMM Sultan Johor dipersilakan berangkat menyaksikan replika udang galah dan menandatangani plaque
– DYMM Sultan Johor dipersilakan berangkat ke jeti bagi acara menarik bubu, menyaksikan rakit berhias dan melepaskan pertandingan perahu
– DYMM Sultan Johor menyaksikan  pertunjukan keselamatan oleh pihak Bomba dan penyelamat
– DYAM Tunku Mahkota Johor menyampaikan bantuan MAIJ dan JKM kepada penerima bantuan
– DYMM Sultan Johor dipersilakan berangkat ke khemah diraja
– Majlis santapan
– Sembah ucapan oleh Pegawai Daerah Muar
– Cabutan bertuah 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor
– Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Pegawai Daerah Muar
– Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pegawai Daerah Muar
– DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke Istana Tanjung

1840 : ISTANA TANJUNG MUAR (BERMALAM)

Sabtu, 24.8.2013 | Ahad, 5.8.2013 | Isnin, 26.8.2013 | Selasa, 27.8.2013